Notis Pengumpulan Umum

Content Summary

Notis pengumpulan ini haruskan dibaca bersama dengan Dasar Privasi CPA Australia (Dasar Privasi). Notis pengumpulan ini digunakan untuk sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan Kami (tidak termasuk ahli, pemohon keahlian, pekerja dan pemohon pekerjaan (termasuk pekerja kontingen Kami)) seperti bila anda:

  • Membuat pertanyaan umum atau mengunjungi pejabat-pejabat Kami;
  • Mendaftar untuk menerima komunikasi dari Kami (cth In The Black, dll);
  • Membekalkan atau membeli barangan dan/atau perkhidmatan dari Kami;
  • Menanyakan, melamar, mendaftar atau menyertai aktiviti Kami termasuk penawaran pendidikan, latihan atau pengembangan profesional;
  • Adalah pihak yang terlibat dalam prosiding salah laku disiplin atau profesional;
  • Terlibat dalam proses jaminan kualiti;
  • Mengikutserta dengan Kami, contohnya sebagai rakan industri, penaja, penyampai, penyedia faedah ahli atau pakar subjek.

Sekiranya anda telah membuat permohonan keahlian degan Kami, maklumat peribadi anda akan dikendalikan menuruti Notis Pengumpulan Ahli. Sekiranya anda telah membuat permohonan untuk berkerja dengan Kami, maklumat peribadi anda akan dikendalikan menuruti Notis Pengumpulan Perkerja.

Jenis maklumat peribadi yang Kami kumpulkan dan kendalikan

Kami akan mengumpulkan dan menyimpan maklumat dan dokumentasi sokongan yang anda berikan semasa anda berinteraksi dengan Kami. Ini mungkin merangkumi maklumat hubungan anda, perincian interaksi anda dengan Kami, pilihan komunikasi, pembayaran yuran, kursus yang disertai termasuk taksiran dan hasil, kehadiran dan penyertaan dalam aktiviti CPA Australia, perincian pembelian atau pembekalan termasuk perincian pembayaran, penghantaran dan pesanan.s.

Kami juga boleh menggunakan carian internet yang disasarkan dan maklumat yang tersedia untuk umum untuk mengekalkan rekod Kami.

Data kategori sensitif atau khas

Kami hanya akan mengumpulkan maklumat jenis ini dengan persetujuan anda dan apabila diperlu untuk memberi perkhidmatan yang anda pohon. Contoh mungkin termasuk maklumat perubatan apabila menilai aplikasi untuk tujuan penyelarasan yang munasabah yang berkait dengan pekerjaan anda atau sebagai prosiding salah laku profesional apabila anda merupa seorang parti.

Apa yang Kami lakukan dengan maklumat peribadi anda

Kami memproses maklumat peribadi anda, atau berikan maklumat peribadi anda untuk diproses oleh pihak Kami memproses dengan tujuan untuk memudahkan interaksi anda dengan Kami dan untuk membantu Kami meningkatkan pengalaman anda. Ini mungkin termasuk melakukannya untuk tujuan sekunder yang anda jangkakan secara wajar dari Kami untuk menggunakan atau menzahirkan maklumat peribadi anda.

Selain tujuan yang digariskan dalam Dasar Privasi Kami, Kami boleh mengumpulkan, menggunakan dan/atau menzahirkan maklumat peribadi anda:

  • Untuk berhubung dengan anda
  • Untuk memberitahu anda mengenai aktiviti Kami, termasuk peluang pendidikan, seminar dan persidangan dan untuk menyokong dan mentadbir aktiviti tersebut 
  • Untuk mendapatkan maklum balas anda semasa anda berhubung dengan Kami
  • Untuk menyediakan tawaran pendidikan termasuk penawaran Program Asasi dan CPA, tawaran pengembangan profesional dan tawaran program pengembangan amalan berterusan
  • Untuk tujuan sekunder yang anda harapkan secara wajar dari Kami untuk menggunakan atau menzahirkan maklumat peribadi anda, dan
  • Untuk tujuan yang anda persetujui atau sebagaimana yang diizinkan oleh undang-undang.

Kami akan mendapat persetujuan anda untuk penggunaan maklumat peribadi anda yang tidak dilindungi oleh notis pengumpulan ini.

Dengan siapa Kami mengongsi maklumat peribadi anda

Kami boleh menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga termasuk yang berikut:

  • semasa anda menyertai Dana Uni-Qualified Malaysia, Yayasan Peneraju dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) - MARA, Universiti Abdul Razak (UniRazak), Noesis atau Sunway TES menuruti keperluan dana tersebut
  • universiti dan penyedia pendidikan lain yang terlibat dengan atau dilibatkan oleh Kami untuk Program Asasi dan CPA atau program pengembangan profesional lain termasuk penyedia perkhidmatan peperiksaan, dan
  • penyedia perkhidmatan yang dikontrak seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Kami.

Kami boleh memberikan maklumat hubungan anda kepada penyedia perkhidmatan yang Kami melibatkan untuk digunakan dalam pemasaran langsung tetapi Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.

Sekiranya anda terlibat dalam aduan, prosiding tatatertib atau profesional, maklumat peribadi anda boleh dizahirkan kepada:

  • ahli-ahli yang disebut dalam aduan
  • pihak yang terlibat dalam proses penyelesaian pertikaian
  • anggota panel disiplin, dan
  • penyedia perkhidmatan rakaman transkrip.

Hubungi Kami

Sila hubungi Pegawai Privasi Kami jika anda mempunyai pertanyaan mengenai pemberitahuan pengumpulan privasi ini melalui:

  • e-mel: [email protected]
  • telefon: 1300 73 73 73 (within Australia), +61 3 9606 9677 (outside of Australia)
  • mel: CPA Australia, Level 20, 28 Freshwater Place, Southbank, Victoria 3006, Australia.

Anda berhak untuk meminta akses dan membetulkan maklumat peribadi yang Kami menyimpan mengenai anda. Sila rujuk Dasar Privasi Kami untuk maklumat lebih lanjut.